Friday, November 8, 2013

Chemlube Esterbond Semi dan Lambda

Last week cik CTku dah sampai masa untuk diservis pada 425461km. Dan dah lama tak flush minyak engine kereta aku ni. So setakat ni the best flush yang pernak aku guna Lambda Primer. Ia tidak seperti engine flush oil yang lain. Lambda Primer ni mempunyai kelebihan ia tidak bertindak sebagai detergen dimana detergen membuang semua carbon atau lebihan minyak yang menutup kesan2 geseran atau  dan mengakibatkan kehilangan mampatan. Lambda Primer bertindak mencairkan dan menutup lubang atau jurang antara blok dan piston. So ia akan meningkatkan peratusan mampatan enjin yang telah hilang. Cara mengunakannya sama seperti "engine flushing" yang lain. Masukkan ke ke tempat masuk minyak enjin, tutup semual penutup cover head. Start engine dan biarkan selama 20 ke 30 minit. Kereta masih boleh dipandu setelah memasukkan Lambda Primer ini. Dan untuk Lambda Tank Otto ia digunakan untuk membersihkan keseluruhan sistem bahan api malahan ia juga boleh menghapuskan kelembapan air didalam tangki. Caranya mudah, masukkan kedalam tangki minyak dan ia boleh tahan untuk full tank 50L. So nak beli yang paling dekat dengan Sg Buloh, Zhapalang Motorsport di Kepong.

Minyak Enjin Chemlube Esterbond Semi 10w-40 dan Lambda Primer & Tank Otto
So sampai je pomen dorang wat semua kje..memula masuk Lambda Primer kedalam engine..dibiarkan idle selama 30 minit dan baru di alihkan ke belakang kedai untuk penukaran minyak engine dan penapis minyak. Agak normal la harga minyak semi ni RM110 , upah RM10, penapis minyak Honda RM20dan lambda primer and tank otto RM80. Selesai. engine start smooth je tidak ada bunyi bising sangat. Tak pe kita tengok performance bila nak dekat cecah 5000km nanti. Abes je servis, singgah isi minyak kat BHP dan baru la masukkan Lambda Tank Otto. Pastu tidak sangka-sangka pomen kat situ gak guna Honda City SX8. Sama spec 1.5l manual. Hi bro.. nice to meet you





1 comment: