Monday, August 19, 2013

Specifikasi Teknikal Untuk Honda City Type-S / Type-Z


Berikut adalah info yang memudahkan semua owner City SX8 service kereta masing-masing. Tapi untuk spec standard sama ada 1.5L Hyper 16 / 1.5 Vtec SOHC. Untuk yang dah convert enjin tidak pasti apa spec dia.. Open-mouthed smile
Coolant Enjin
- Transmisi Manual Tukar Sahaja : 3.5L
Fully Drain : 4.6L
- Transmisi Auto Tukar Sahaja : 3.4L
Fully Drain : 4.5L
Minyak Enjin Tukar dgn Oil Filter : 3.3L
Tukar kecuali Oil Filter : 3.0L
Fully Drain : 4.0L
*Disarankan menggunakan minyak bergred 10w40
Minyak Transmisi
- Transmisi Manual Tukar Sahaja :1.8L
Fully Drain : 1.9L

*Disarankan menggunakan Minyak bergred 80w90
- Transmisi Auto Tukar Sahaja : 2.4L
Fully Drain : 5.4L

*Disarankan menggunakan minyak AFT Honda.
Palam Pencucuh NGK : BKR5E-11/ BKR6E-11
Denso : K16PR-U11
Alignment
Toe-In Depan : 0.0mm
Belakang : 2.0mm
Camber Depan : 0°
Belakang : –0°30’
Caster Depan : 2°

Thursday, August 1, 2013

Upgrade Disc Brake Belakang

Yes..actually disc brake ni dah upgrade lama dah.. oleh sebab blog ni baru diwujudkan..So aku nak share gak dengan kamu semua… Thanks pada Hai Ree yang tolong cari disc belakang di Johor. Untuk maklumat disc belakang ni diambil daripada halfcut model Type-Z. So no modifikasi.. plug and play je..
DSC_0966
DSC_0968
DSC_0969
Gambar diatas.. ni la rupa disk brake belakang yang dibeli dari Encik Hai Ree.. Mahal skit sebab barang rare.. so hadap je la.. So pemasangan di lakukan di workshop Kenny di Bandar Sri Damansara.
So proses pemasangan dimulakan dengan membuka drum brake dahulu.
DSC_0967
Pastu baru pasang disc.. tapi bila pomen check ada caliper yang jammed. Buka-buka tu dia piston dah karat and calar..
DSC_0977
So nak tak nak kena tukar baru.. kalo tidak ia akan berlaku lagi masa depan..order lagi.. nseb bek piston RM40.. So bila barang dah smpai..pomen trus pasang..
DSC_0976 
DSC_0980
Dah siap… pemasangan mengambil masa 2 jam gak la.. tapi puas ati… Brake pon confident je..

City Ku

OK post kali ni dah cerita sedikit sebanyak sejarah cik City aku ni la… ia merupakan generasi ketiga dalam family Honda City ni. Menggunakan chasis no SX8 / 3A3 . Ia menggunakan platform berasaskan model Civic EF/SH4. Model City jenis ni dihasilkan di kilang Honda di Thailand. Terdapat dua jenis model LXi merupakan model spec rendah dan EXi merupakan model spec tinggi. Cik Cityku merupakan dari model Type-S EXi dan dikeluarkan dan didaftarkan pada tahun 1999. Setahu aku la, model Type-S ni model terakhir sebelum model facelift iaitu Type-Z diperkenalkan pada tahun 2000. Cik City aku ni bernadikan enjin 1.5L MM615 Hyper 16 Valve atau dikenai sebagai D15b non-vtec.

Berikut adalah sedikit sebanyak specifikasi untuk model2 SX8 :


Type S

  • Enjin 1.3L  / 1.5L Hyper 16 Valve SOHC / 1.5L VTEC SOHC
  • Manual / Automatik
  • Facelift lama dengan 3 pcs bumper



Type Z

  • 1.5L Hyper 16 Valve / 1.5L VTEC SOHC
  • Automatik
  • Facelift baru dengan 1 pcs bumper
  • Hiasan dalaman dan dashboard baru
  • Disk Brake Belakang untuk model VTEC