Wednesday, August 13, 2014

De-mod barang-barang rare di cik CT

Setelah berpikir panjang, aku ambil keputusan untuk demodding semua barang rare di kereta ku. Berikut adalah senarai barang-barang yang akan diletgo :


  1. GAB SS Series Fully Adjustable Suspension. - TELAH DIJUAL
  2. Honda City Type Z Disk Brake Belakang - TELAH DIJUAL
  3. 6 pcs lower arm belakang dengan custom PU bushing - TELAH DIJUAL
  4. Honda City Type Z Vtec Rear Anti Roll Bar  - Tak jadi jual..pakai balik..hihi
  5. Honda D15B Extractor - Jual besi buruk..

  6. VIRS Side Skirt siap mod utk masuk city Type-S and Type Z - BOOKED
  7. Recaro Merah DC2 dengan railing untuk City Type S/Type-Z - DAH DIJUAL
  8. Power steering Pump SO4 boleh guna pada City Type S/Type Z - DAH JUAL
  9. Steering Honda City Type Z dibalut genuine Kappa leather (Condition : Nelofa ) - TELAH DIJUAL
  10. S-flow muffler dengan twin tip - Dijual pada besi buruk
  11. Grill Honda City Type S telah dimod dengan mesh grill dan mugen emblem. TELAH DIJUAL
  12. Fender Original Honda City Type-S telah di ketuk untuk masuk rim 8jj keatas. - TELAH DIJUAL
Pada sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya sms/whatsapp/FB at 013 202 1227

Wednesday, July 16, 2014

Bocor di Distributor

Minyak enjin bocor di distributor

Setelah nak 3 tahun lepas last sekali aku tukar masa still stay kat Bandar Sri Damansara. So dah serabut tgk minyak penuh kat bawah distributor. Aku singgah beli original Honda distributor o ring di Exceptional Glenmarie. RM 6 je.. hihi.. Okay aku tunjukkan step2 camne nak DIY tukar distibutor O ring.

Tool yang diperlukan :

1. Wrench tool saiz 12
2. Marker or liquid paper
3. Playar mucung tirus.
4. Skrew driver mata rata.
5. Distributor O ring.

Step 1:  Buat marking pada distributor seperti dalam gambar.

Step 2: Buka skru 1 dan 2 guna wrench tool saiz 12. Lokasi skru boleh rujuk gambar.



Step 3 : Buka slow-slow distributor daripada enjin dan keluarkan O ring yang lama

Distributor O ring yang baru
Comparison antara O ring lama dan baru
Step 4 : Setelah tanggalkan O ring yang lama bersihkan sedikit kawasan dimana o ring baru hendak diletakkan. Lumurkan minyak pada O ring baru dan pasangkan pada distibutor.

Step 5: Pasangkan distibutor perlahan-lahan. dan pasangkan skru. Jangan ketatkan dahulu. Adjust ikut marking dan baru ketatkan skru. Bila semua selesai. Boleh la start enjin.

Selesai.

Simple je kan. Kalo malas nak wat siap duit je... Biasa workshop caj RM20 barang dan labour.


Wednesday, June 18, 2014

FGK Fujitsubo Muffler

At last pencarian berakhir, apabila member sendiri ade jual muffler FGK. So apa lagi, angkut la. Muffler ni nampak macam Straight flow tapi ia adalah S-flow small size. inlet 1.8 inch. Terbaek. So aku nak pasang sendiri welding machine x dak.. So Bawa ke kedai exzos. Upah RM30 je.

Ni muffler FGK Fujitsubo S-flow yang baru dibeli.

So muffler S-flow yang lama ditanggalkan.


Proses pemasangan sedang dilakukan...

Dari pandangan belakang

Dari pandangan sisi.

Kalo nak review, lepas pasang. Bunyi tak bising, pickup improve. Bila throttle RPM 4000 keatas, bunyi bassy sport baru kuar. Besh..

Friday, April 25, 2014

DIY Cold Air Intake (CAI)

Actually DIY ni dah buat lama dah.. dalam post kat blog lama pon dah post. Tapi nak post kat blog ni gak. May be boleh jadi panduan pada kawan yang nak DIY CAI sendiri.

1. Untuk tanggalkan bumper depan. Sila buka skru di kiri kanan bumper seperti dalam gambar.

2. Buka clip pada bahagian atas grill hadapan.

3. Tampalkan masking tape pada kawasan dimana nak letak CAI hole. Template telah dibuat mengikut ikuran CAI scoop.

4. Setelah template di trace, tebuk lubang menggunakan drill. Disini saya menggunakan drill tip saiz 8mm, so kena la tebuk satu-satu sampai complete. Kalo ade drill tip besar untuk tebuk pintu lagi cun.

5. So ni result nye setelah semua ditebuk dan ditanggalkan.

6. Ambil pengikir, kikir dan ratakan bahagian yang tidak rata.

7. Masukkan CAI scoop dan lock menggunakan aluminium clip. Tada.. ni lah hasilnya.

Wednesday, February 12, 2014

Air Horn sudah kaput...

Memula aku sangkakan relay utk horn dah kong.. punya la tukar.. RM7.50 Relay Bosch.. try punya try.. angin je kuar.. bunyi tak kluar.. so nampak nya memang kna tukar.. Horn yang rosak ni beli dari Brand Stebel - Naulitius. Pakai setahun lebih.. and kong.. Bawah ni la horn yang rosak.


So nak try brand PIAA plak, beli kat Kakimotor Sunway. PIAA Sport Horn. Horn ni ade dua frekuensi 400Hz dan 500Hz. Terbaik.. Bunyi pon kuat..


Wednesday, January 29, 2014

Malaysia City SX8 Club

Malaysia City SX8 Club di Facebook

Dijemput dan dialu-alukan semua owner City SX8 , tidak kira City Type-S atau City Type-Z untuk join kelab kami. Kita boleh share dan bantu ahli lain jika ada apa-apa permasalahan berkaitan kereta masing-masing. Buat masa ini kita menggunakan Facebook sebagai platform untuk interaksi antara satu sama lain. Untuk ke kelab kami di Facebook boleh klik link dibawah atau klik gambar diatas.

Link : https://www.facebook.com/groups/sx8club/

Monday, January 20, 2014

Bunyi-bunyian bila pusing steering

Bunyi-bunyian bila pusing steering amat menyakitkan hati.. tiga bengkel aku check.. ade cakap adjustable nye problem.. ada yang cakap lower arm nye problem.. So aku ikut je gerak hati berikutan dengan last alignment buat dengan Al Ikhwan kat Icity.. dia cakap ball join dah out.. Harap maklum utk pengguna City SX8.. kereta kita ni x de jual asing2 ball join.. kna beli one set lower arm.. so no point la kalo nak tukar lower arm bush. So aku order terus kat Gaozing Autopart Subang.. dapat lower arm depan sebiji RM120..aku order kiri kanan.. and upah RM60. Aku terus confirm and pasang.. pasang punya pasang.. pergh bunyi-bunyian ilang.. terbaik.. Pergh ni dah bukak lower arm ni.. kna la wat alignment.. hari dah lewat so aku wat kat area subang ni gak.. menunggu gak aku kol 7.30PM baru settled. Mmg banyak improvement.. corner lagi mantob.. Terbaik.. Now nak cari alternator plak.. and lower arm belah belakang pulak..