Wednesday, August 23, 2017

Tukar Air cond Idler pulley

Maaf kerana dah lama tiada update ke blog ini. Kali ni saya akan menunjukkan cara-cara untuk menukar Air cond idler pulley untuk Honda City SX8. Simptom-simptom utama bila pulley ini perlu ditukar bila engine running idle, ade bunyi grinding di bahagian engine. Check punya check, rupa-rupanya Air cond idling pulley dah out, may be bearing dah kasar. Lihat gambar dibawah diambil dari katalog : Part yang diperlukan Idle pulley set no 24.


Try cari Pulley set ori Honda, tapi tak jumpa , at last jumpa yang after market punya set idler pulley. Okay la sekurang-kurangnya ada barang untuk settlekan masalah bunyi kasar pulley lama.

Set idle pulley diambil dari model SR4

Alatan yang diperlukan :


  • Rachet wrench ( Socket Size 12mm  dan 10mm)
  • T-wrench Saiz 10mm
  • Open end wrench Saiz 12mm
  • Idle Pulley set
Langkah 1:
Buka cable grounding, longgarkan skru power steering pump dan tanggal kan. Letakkan ketepi untuk memberi ruang semasa proses membuka Idler pulley lama. Alatan yang digunakan Rachet wrench saiz 12mm dan 10mm.

Langkah 2 :
Longgarkan sedikit nut Idle pulley dengan open end wrench saiz 12mm ikut lawan jam. Setelah itu kendurkan belt dengan menggunakan t-wrench dengan pusing mengikut jam pada skru tensioner. Bila dah longgar, keluarkan dua belt yang berkaitan.
Kedudukan pulley 

Langkah 3 :
Teruskan longgarkan nut idler pulley sehingga tanggal. Keluarkan pulley beserta washer dan nut.

Langkah 4:
Bandingkan pulley lama dan baru. Diameter pulley sedikit besar dalam 2mm, lubang skru semua ngam tak jadi masalah . So bley proceed dengan pemasangan.



Langkah 5 :
Test Idle pulley dengan membuat pusing jika tiada apa2 bunyi , teruskan dengan pemasangan. Pastikan susunan washer betul. Washer , pulley , washer dan nut. Masukkan pada skru dia idle pulley bolt. Kemaskan ikatan nut tapi jangan ketak sangat keadaan ini untuk mudahkan untuk adjust ketegangan belt.

Langkah 6 :
Masukkan belt air cond dan belt lain ke tempat asal. Pastikan kedudukan semua belt. Dengan menggunakan t-wrench perlahan-lahan pusing kan bolt idle pulley position lawan jam. Setelah mencapai ketegangan yang bersesuaian. Ketatkan Nut Idle pulley.

Langkah 7 :
Pasang kembali power steering pump. Adjust ketengan belt power steering dengan memusing nut diatas power steering pump ketatkan nut setelah ketegangan belt sesuai.Pasang tangki radiator reserve dan grounding cable. Periksa semua nut jika semua ok teruskan langkah 8.

Langkah 8 :
Start engine. Pastikan tiada bunyi belt . Kadang-kadang belt terlalu tegang boleh menyebabkan bunyi. Jika tiada apa-apa masalah. Proses pemasangan selesai.