Monday, August 31, 2015

Tada.. siap dah.. convert Facelift Type-Z

Akhir nye lepas berhempas pulas, mengumpul barang. Bulan puasa lepas siap juga DIY pasang barang-brang Type-Z ni. Penat memang penat tapi berbaloi la.. Gambar bawah gambar selepas convert. Cadang nak tukar color. Tapi masih dalam pemilihan warna.

Sebelum 


Selepas

Ok tak?

Ada cadangan warna yang sesuai?

Friday, June 26, 2015

Honda City Type Z facelift

Facelift type z...memang menarik..dengan lamlu kristal...bumper one piece..style gitu...itu yang aku idam-idamkan.. tapi kebanyakan part type z susah nak dapat. Aku pun start kumpul sikit2..nak dekat setengah tahun mencari..akhirnya last part sampai semalam dari Rayong, Thailand.


Part yang diperlukan untuk convert City Type z facelift:

  1. Hood Type Z ( Dah Ada)
  2. Fender Type Z Kiri Kanan ( Dah Ada )
  3. Grill Depan Type Z (Dah Ade blom mod mesh grill lagi)
  4. Bumper Depan Type Z ( Dah Ada)
  5. Lampu Besar Type Z Kiri Kanan. ( Dah ada siap mod projector + HID)
  6. Bulk Head Upper Type Z ( Dah ada thx Cik Jijah)
  7. Fog Light Cover ( Dah ada import mali dari Thai)
InsyaAllah hasil nya macam ni..


Friday, April 17, 2015

Air leaking pada bonnet belakang bila hujan and basuh kereta

Melayan kereta ni tak de penhujungnya, ade je satu-satu. Benda ni dah lama, pening dah pikir bawak gi kedai cat dorang cakap dulu penah eksiden orang buat tak cun la .. apa la.. now pakai getah taiwan.. nampak tempat fix tu ade crack sikit. So buat keputusan , nak replace dengan getah bonnet dan moulding cermin belakang original. Gi Exceptional Glenmarie, order RM80 untuk getah bonnet dan RM95 untuk moulding cermin belakang.. Plan nak DIY je tukar getah bonnet dan moulding cermin blakang soh kedai cermin.

Langkah pertama gi kedai cermin tukar.


Cermin dibuka dan glue lama dibersihkan


Cermin juga dibersihakan dan dipasang moulding baru

Part no untuk moulding cermin blakang (No 1)

Weatherstrip/ Getah bonnet blakang.

Balik, DIY tukar getah pada malamnya. So far lepas tukar alhamdullilah tiada air masuk lagi.

City Type S with Clear Headlight

Dah lama x update kat blog ni..latest DIY utk Cik CT. Custom Clear Headlight menggantikan Freshnel Lens.


Tool yang diperlukan.


  1. City SX8 Type S Headlight
  2. Dremel rotary tools
  3. Plexi Glass 10mm
  4. Skrew driver mata
  5. Hair Dryer.
  6. Silicon Glue
  7. Clear Plastic Glue.
  8. Glove tahan panas
  9. klip kertas
Step 1 : Panas dan lembut kan glue kat headlight pastu umpil perlahan-lahan, memang susah. Kesabaran amat diperlukan untuk elakkan sebarang kerosakan.

Step 2 : Ambil kertas buat template ikut sekeliling seperti dalam gambar.





Step 3 : Panaskan oven pada suhu 120c, then masukkan acryllic sheet. dan tunggu hingga 10 minit.

Step 4 : Pastikan menggunakan glove tahan panas, acryllic sheet akan panas bila lembut. Dengan menggunakan headlight asa sebagai mold, Ambil acryllic sheet dari oven trus ke atas headlight asal. Bentukkan menggunakan tangan, berikan sedikit tekanan pada keliling dan bahagian curve. Jika dah berbentuk biarkan ia sejuk diatas headlight tersebut.

Step 5 : Potong bahagian merah garisan putus-putus guna dremel rotary tools dan kemas kan supaya rata. mudah untuk glue nanti.Dan dengan menggunakan template potong acryllic sheet yang dibentuk tadi.

Step 6 : Ratakan semua yang bergerigi dengan dremel.

Step 7 : Glue kan pada bahagian penjuru dahulu. tunggu hingga kering. Pastu glue bahagian lain . Bila semua sudah kering, ratakan dengan silicon glue untuk seal. Sebaiknya biarkan semalaman.


Step 8 : Letak silicon pada keliling dimana glue lama diletakkan, dengan perlahan-lahan pasangkan kembali lense dengan housing.

Step 9 : kelipkan sekeliling supaya tempat glue tidak renggang.

Inilah hasilnya.


Output bila malam dengan stock H4 bulb.