Thursday, October 10, 2013

Stiff Ring untuk Cik CT

Masalah utama untuk kereta-kereta berumur ni ialah gegaran and rasa melayang bila speeding atas jalan beralun atau tidak rata. Ini menyebabkan aku tak bape confident nak speeding walaupun jalan lurus. So lepas baca review kebanyakan pengguna Stiff ring ni, aku pon order la. So letak la RM100 dahulu, almaklum je la cik CT ni dah lama. Banyak benda sume kna pre-order and owner kdai sendiri tak sure bila stiff ring aku akan siap. Lama gak menunggu, order bulan Jun awal bulan 9 baru kedai call dah siap and ready untuk pasang. So aku terus la ke Speed Mod Motorsport di Alam Damai. Sampai je fuh terbaek tempat pemasangannye sangat bersih. So owner nye tunjukkan la Stiff ring yang aku order tu. Untuk City SX8 ni ada 8 keping. 4 keping untuk depan dan 4 keping utk blakang.

Gambar Sampel


Proses pemasangan


Sample salah satu skru pada control arm belakang

Tempat-tempat dimana stiff ring dipasang
Selesai je pasang, boss dorang datang check untuk quality control. Balik je wat wheel alignment kat I-City, Workshop Al-Ikhwan. Tapi kan.. bukan nak promote ke apa, memang stiff ring ni act seperti mana di janjikan. Selalu bila speeding rasa floating atau melayang. Now tiada lagi rasa floating, cornering pon dah cun, sangat ber-responsive. Kalo lalu kat jalan tak rata x gegar cam dlu. Chasis rasa solid. Superb. Tak sia-sia aku pasang.

* actually stiff ring ni sama konsep dengan Spoon Rigid Collar, maklum la Spoon memang tak kluarkan untuk City SX8 ni.Untuk Civic, Integra ada la...Hihi So Stiff Ring la ubatnya.




Tuesday, October 8, 2013

Type-Z Rear Antiroll Bar

Actually antiroll bar ni dah pasang awal tahun haritu, tapi aku nak wat post gak pasal Rear Antiroll bar ni. Memang dah lama mencari benda ni. At last Kirie-Auto part ada jual, second hand condition. Harga RM550 untuk dua braket, skru , dua endlink , dua arm kiri kanan and antiroll bar semuanya seperti gambar dibawah. Actually City ni memang dah ade front anti roll bar. Cuma certain full spec model dari Type-Z Vtec dilengkapi dengan rear disk brake and rear anti roll bar.


Kebetulan  Kirie on the way untuk menghantar adiknya ke kampus so dapat la Cash on Delivery (COD) di USJ2. At last jmpa gak bro Kirie ni. Dapat je, petang terus hantar kereta ke Phamtom Garage untuk pasang ARB ni. Memang banyak kerja nak pasang benda ni sebab, City Type S x de lubang untuk letak bracket untuk pegang ARB ni. So kena la custom tebuk and wat bunga. Nasib la Phantom Garage ni ada macam2 tools. Welding tu yang paling penting. So Phantom Garage charge RM120 untuk pemasangan. Ok la.. Janji puas hati. Gambar dibawah adalah selepas pemasangan Rear Antiroll bar.


So far lepas pasang and buat aligment, body roll pon dah kurang... cornering besh... kete dah tidak senget bukan macam sebelum ni. Superb upgrade utk sape-sape yang inginkan handling yang superb.

Sunday, October 6, 2013

Sensor IACV Problem

Ni cite pasal bulan lepas, ketika mau pulang dari rumah mentua. Start je enjin, RPM melonjak ke 1500RPM sampai enjin panas dan lampu check engine menyala. Suspect O2 sensor kat Air box faulty. Tapi OK. Kete boleh jalan tapi sebu time RPM nak smpai 1500RPM. Dah macam bunyi moto boat plak.. Haha.. So bawah la ke Phantom Garage untuk check. Adi gne cara self check tanpa menggunakan scanner utk obd0.

Adi jump wire pada service check connector. Pastikan masa jump engine dimatikan dan suis off. Bila dah sambung, on switch kunci. Boleh la start kira. Kalo lampu check engine berkelip pendek (0/5saat) dikira sebagai satu digit. Kalo lampu check engine berkelip panjang ( 1saat) dikira sebagai 10digit.Check punya check, bila dikira kluar error code 17 dan 14. So kita boleh refer kat list bawah. Apa code ini maknanya.

Kod lampu Check engine

  • 1 O2A - Oxygen sensor #1 
  • 2 O2B - Oxygen sensor #2 
  • 3 MAP - manifold absolute pressure sensor 
  • 4 CKP - crank position sensor 
  • 5 MAP - manifold absolute pressure sensor 
  • 6 ECT - water temperature sensor 
  • 7 TPS - throttle position sensor 
  • 8 TDC - top dead centre sensor 
  • 9 CYP - cylinder sensor 
  • 10 IAT - intake air temperature sensor 
  • 12 EGR - exhaust gas recirculation lift valve 
  • 13 BARO - atmospheric pressure sensor 
  • 14 IAC (EACV) - idle air control valve 
  • 15 Ignition output signal 
  • 16 Fuel injectors 
  • 17 VSS - speed sensor 
  • 19 Automatic transmission lockup control valve 
  • 20 Electrical load detector 
  • 21 VTEC spool solenoid valve 
  • 22 VTEC pressure valve 
  • 23 Knock sensor 
  • 30 Automatic transmission A signal 
  • 31 Automatic transmission B signal 
  • 36 traction control found on JDM ecu's
  • 41 Primary oxygen sensor heater 
  • 43 Fuel supply system 
  • 45 Fuel system too rich or lean
  • 48 LAF - lean air fuel sensor 
  • 54 CKF - crank fluctuation sensor 
  • 58 TDC sensor #2 
  • 61 Primary oxygen sensor 
  • 63 Secondary oxygen sensor circuit
  • 65 Secondary oxygen sensor heater wire (black wires)
  • 67 Cat Converter
  • 71 random misfire cylinder 1
  • 72 random misfire cylinder 2
  • 73 random misfire cylinder 3
  • 74 random misfire cylinder 4
  • 80 EGR Valve/Line
  • 86 ECT sensor - Cooling System
  • 91 Fuel Tank pressure sensor
  • 92 EVAP Solenoid/Valve/Vacuum Lines


So masalah nya ialah 17 Vehicle Speed Sensor dan 14 IAC (EACV) - idle air control valve. Last week dah tukar speed cable maybe x clear error code so error tu masih disitu. So dah tahu apa masalahnya. Kita jalan ke Asma Halfcut Sg Pelong. Ni la sensor yang kita nak cari , bukak2 panas gle...nampak kuning nya macam dah overheat.

Kedudukan sensor di throtlebody SX8

IACV Sensor

Sampai je kat Asmaa Halfcut. Sesi mencari bermula. Compare punya compare, sensor ni sama dengan L2 nye sensor. Dan bila tanya orang jaga halfcut, Rm30 je sensor ni. Alhamdulillah. Selamat poket aku. Sampai bengkel, pasang terus, cuba start enjin. Enjin smooth...macam normal, lampu check engine pon dah tak nyala.. Yes...! Terbaek.. So wat sape-sape yang mengalami masalah ni, x yah la pikir nak tukar throttle body atau intake. Tukar sensor je. Save duit.. Hihi.